KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
PENSYARAH: PN. NORMA BT. CHE HASAN
AHLI KUMPULAN:
MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN ROHIM 04DKM20F1014
MUHAMMAD FAZEEL BIN MOHD NOR 04DKM20F1010
MOHAMAD AZROL AZRAN BIN MOHD ARIS 04DKM20F1036
PROGRAM: DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
KELAS: DKM2B
SESI: DES2020.
MAKSUD FIQH
MAKSUD: Kaedah Fiqh dalam kitab-kitab perundangan islam dikenali sebagai Qawaid Fiqhiyyah. Ia merupakan gabungan daripada dua perkataan iaitu Qawaid dan Fiqhiyyah. Qawaid merupakan kata jamak daripada qa'idah(kaedah) yang bermaksud asas, tapak atau prinsip.
Dari segi bahasa,
Kaedah - Tapak, asas rumah dan prinsip
Fiqh - Suatu kefahaman
Kaedah Fiqh - Koleksi kaedah utama yang bersifat umum bagi menyelesaikan isu-isu tertentu
Dari sudut istilah :
Kaedah fiqh ialah prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya.
Sebahagian Ulama' mentakrifkan kaedah fiqh sebagai kaedah-kaedah hukum yang bersifat umum yang diambil daripada dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah dan dapat menyesuaikan dengan banyak juziyyah atau cabang-cabang perbahasan dalam ilmu fiqh.
PERANAN KAEDAH FIQH
HADITH:
maksudnya: "Tidak dikira amalan (pahala) seseorang itu tanpa niat".
MAKSUD DAN KEPENTINGAN NIAT
Niat bermaksud suatu lintasan dalam hati untuk melaksanakan sesuatu perkara. Niat diperlukan bagi membezakan antara ibadat dan adat, mendapat ganjaran pahala atau dosa, bermanfaat atau mendatangkan kerosakan kepada seseorang atau berkumpulan. Niat juga menentukan tingkatan atau kualiti ibadat seseorang samada mendapat ganjaran daripada amal soleh atau siksaan daripada amal maksiat.
Konsep Asas Kaedah Fiqah yang Bertepatan dengan Sains Teknologi dan Kejuteraan
i.Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Tujuan atau Niat
Kaedah ini bermaksud bahawa setiap perkara itu merujuk tujuan sesuatu perkara yang dilaksanakan atau setiap hukum bagi amalan seseorang sama ada pertuturan atau perbuatan bergantung pada niat atau tujuannya. Setiap amalan yang dilakukan oleh mukalaf adalah bergantung pada niatnya.
ii.Keyakinan Tidak Boleh Dihilangkan dengan Syak
Maksudnya ialah sesuatu perkara yang tidak diyakini berlaku atau tidak berlaku , maka sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Ia juga bermaksud yang asal dan yakin itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh syak dan ragu-ragu.
iii.Sesuatu itu kekal seperti sebelum datangnya keraguan
Kaedah ini menunjukkan kekal sesuatu hukum masa selepasnya atau akhir dengan mengikut sabit hukum pada masa lampau.
iv.Secara asalnya sesuatu itu adalah tiada
Ia bermaksud setiap yang tiada mestilah mendahului ada. Untuk itu maka tiada yang asal itu hendaklah dikembalikan kepadanya, hingga sabit perkara baru yang boleh menghilangkan yang asal itu.
v.Secara asalnya sesuatu itu adalah tiada
Ia bermaksud setiap yang tiada mestilah mendahului ada. Untuk itu maka tiada yang asal itu hendaklah dikembalikan kepadanya, hingga sabit perkara baru yang boleh menghilangkan yang asal itu.
Kaitan kaedah fiqh dengan sains teknologi dan kejuruteraan
-Kaedah ini dapat dikaitkan dengan satu alat teknologi iaitu telefon pintar pintar adalah telefon bimbit yang mempunyai ciri pengkomputeran maju dan ketersambungan berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti , Android, iOS atau Windows Phone
-Kini, penggunaan telefone pintar ini hampir menyeluruh dalam negara Malaysia mahupun luar negara. Hal ini kerana, telefon pintar dapat memberikan banyak kelebihan kepamemudahkan manusia untuk berkomunikasi dari jarak jauh melalui applikasi seperti 'Whatsapp' dan 'Telegram'.Melalui kelebihan yang terdapat pada alat canggih ini,ia dapat memudahkan sesuatu pekerjaan pada harini.
-Dalam kebaikannya juga ada keburukannya jika disalah guna.Permainan video pada harini ini sangat menarik minat gologan dewasa,ramaja dan kanak-kanak kerana, permainan video ini boleh dimuat turun secara percuma di applikasi 'Play Store' yang terdapat dalam telefone pintar. Hal ini menjadi salah guna apabila bermain secara berlebihan. Ini kerana ia mampu memberi kesan sampingan seperti, prestasi pembelajaran terjejas, kurang bersilaturahmi dan mengabaikan perkara yang wajib.
-Keburukan-keburukan yang terdapat pada telefone pintar ini boleh dikatikan dengan kaedah fiqh diatas iaitu kemudaratan hendaklah dihilangkan.Oleh itu,kita hendaklah mengatasi keburukan dalam penggunaan telefon pintar supaya tidak memudaratkan diri kita. Ini bermaksud apa yang dapat memudaratkan diri kita hendaklah segera diatasi dan dihilangkan.
-Telefone pintar semistinya pintar,Tapi pintar kah kita?-
Comments
Post a Comment