PROJEK SAINS KEJURUTERAAN ISLAM "SOLAR FAN"



 PENSYARAH: PN. NORMA BT. CHE HASAN


JABATAN: KEJURUTERAAN MEKANIKAL

AHLI KUMPULAN:

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN ROHIM                                                            04DKM20F1014

MUHAMMAD FAZEEL BIN MOHD NOR                                                               04DKM20F1010

MOHAMAD AZROL AZRAN BIN MOHD ARIS                                                   04DKM20F1036


PROGRAM: DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL 

KELAS: DKM2B

SESI: DES2020

PEGENALAN

    

        Tenaga solar merupakan salah satu sumber tenaga alternatif yang utama. Malaysia adalah sebuah negara yang menerima banyak cahaya matahari sepanjang tahun, ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang strategik dan sesuai untuk menggunakan tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif secara optimum. Tenaga solar merupakan satu teknologi baharu yang tergolong dalam Tenaga Boleh Diperbaharui untuk menjana tenaga elektrik.

Jadi kami telah memperolehi idea untuk mencipta ‘Solar Fan’ iaitu kipas berkos rendah dengan menggunakan sumber tenaga solar secara optimum melalui pancarian di applikasi ‘You Tube’. Produk ini boleh dibina dengan menggunakan bahan terpakai. Selain itu juga ia dapat menguruskan sumber ke arah meningkatkan kecekapan dan penjimatan penggunaan bekalan elektrik sedia ada dan secara tidak langsung dapat memulihara alam sekitar. Aplikasi penggunaan produk menggunakan tenaga solar di negara kita kini masih pada tahap yang rendah sedangkan ia berpotensi tinggi untuk dimanfaatkan. dipilih untuk menyelesaikan salah satu masalah masyarakat umum pada hari ini menggunakan tenaga solar dan bahan kitar semula.

Kami telah membahagikan tugasan kepada tiga memandakan ahli kempulan kami mempunyai tiga orang. Tugasan pertama mencari bahan , tugasan kedua mencipta produk dan tugasan yang terakhir menulis laproan.



MODEL





BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN



1.Kayu


2.Penyambung Wayar


3.Daun Kipas


4.Panel Solar


5.Wayar


6.Pengikat Kabel


7.Motor


8.Pemutar skru & Skru



KOS PERBELAJAAN BAHAN


BAHAN

HARGA(RM)

Solar Panel

7.50

Motor

3.50

Kayu

Kitar semula

Wayar

Kitar semula

Penyambung Wayar

Sedia Ada

Skru dan Pemutar Sekru

Sedia Ada

Daun Kipas

Kitar semula

JUMLAH

11.00




KELEBIHAN DAN KEGUNAAN 

Kelebihan :

Megurangkan kadar pengunaan elektik
Memelihara alam sekitar
Menghasilakan bekalan tenaga tanpa had

Kegunaan :

Menyejukan suhu sekitar pengguna
Memberi keselesaan kepada pengguna
Bagi menggantikan pengunaan kipas yang mengunakan bekalan elektik



PRINSIP SYARIAH

1.Rabbaniah(Ketuhanan)

2.Wasatiah(Kesederhanaan)

3.Tawazun(Keseimbangan)

4.Mizan(Keseteraan)

5.Thabat dan Murunah(Tetap dan Anjal)


Antara prinsip syariah yang boleh dikaitkan dengan projek ini:

-Thabat & murunah (tetap dan anjal)

Thabat bermaksud tetap atau tidak berubah. Dalam konteks ajaran islam, ada perkara yang telah tetap dan tidak boleh dipinda dan diubah-ubah dasar, prinsip dan perlaksanaanya. Al-murunah bermaksud bahawa selain daripada perkara- perkara dasar yang tidak boleh diubah, terdapat juga perkara-perkara kecil yang boleh berubah mengikut kesesuaian dengan perubahan kehidupan manusia sepanjang peredaran zaman.Sebagai contoh kedudukan panel solar perlulah di ubah untuk memperolehi cahaya matahari semaksimum mungkin bagi membolehkan kipas solar berfungsi.

 

 -Wasatiah (Kesederhanaan)

Wasatiah ataupun dari segi Bahasa bermaksud kesederhanaan dan ini bermakna perlakuan atau sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh seseorang itu ianya bersifat sederhana . Tambahan lagi , perbuatan yang dilakukan tidak melampaui batas ataupun berlebih lebih kerana bersederhana dalam melakukan sesuatu perkara sangat digalakkan dalam islam supaya setiap perkara yang dilakukan mendatangkan faedah dan manfaat yang boleh dipratikkan terus-menerus dalam kehidupan seharian.Sebagai contoh dalam projek kipas solar (Solar fan) ini bahan- bahan yang digunakan adalah bahan-bahan terpakai dan kos pembelian barang untuk membuatnya tidak terlalu tinggi dan bahan yang digunakan ini mudah untuk didapati. Justeru, tidak berlaku pembaziran sebaliknya lebih menjimatkan.

 

 


PERANAN PRINSIP SYARIAH

-Memelihara Nyawa

Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian manusia menjadi keutamaan untuk dipelihara  melaksanakan tanggungjawab khalifah. Nyawa tidak boleh diambil kecuali atas sebab yang dibenarkan oleh syarak. Oleh sebab itu kami mengutamakan aspek keselamatan dalam proses menyiapkan kipas solar ini, bagi mengelakan perkara tidak diigini berlaku. Contohnya, menggunakan sarung tagan ,memakai cermin mata keselamatan dan mengikut prosedur semasa menggunakan alatan tagan seperti  alat pemateri.

Syariat Islam juga mengharuskan segala benda yang boleh menyelamatkan nyawa. Dalam waktu yang sama mengharamkan segala sesuatu yang boleh merosakkan  nyawa manusia.Pensyariatan hukum dalam Islam mengambilkira keselamatan nyawa manusia dengan mengkanunkan hukum-hukum pencegahan.Sebagai contoh, penggunaan kipas solar boleh megurangkan keberggantungan terhadap penjanaan tenaga elektrik yang memberikan kesan buruk kepada dunia  seperti tenaga nukliar dan tenaga haba yang memerlukan proses pembakaran.

 

-Memelihara Akal

Akal merupakan anugerah terhebat daripada Allah S.W.T yang diberikan kepada manusia dan ianya menjadi benda yang sangat penting dan tidak ternilai kerana akal adalah sesuatu perkara yang membezakan manusia dengan makhluk lain khususnya haiwan yang mempunyai otak tetapi tidak dikurniakan akal seperti manusia. Akal merupakan tempat daya fikir manusia dan juga merupakan tempat manusia menyimpan segala maklumat yang diserap ataupun ia seperti memori. Oleh sebab itu, perlakuan manusia bergantung kepada daya fikirnya dan bergantung kepada kewarasan dan ketajaman akalnya berfikir sama ada berfikir kepada perkara positif ataupun negatif. Selain itu, ini juga merupakan sebab manusia diberikan tanggungjawab oleh Allah S.W.T seperti dilantik menjadi khalifah di atas muka bumi ini yang mentadbir perbendaharaan dan mentaati perintah Allah dengan melakukan amar makruf nahi mungkar. Begitu juga, seperti projek kipas solar ini yang memerlukan motor untuk bergerak atau berputar dan setiap kelajuan putaran kipas itu bergantung kepada aras kuasa yang disalurkan daripada panel solar. Memandangkan projek ini menggunakan tenaga solar, panel solar membekalkan tenaga yang diserap daripada cahaya matahari dan ianya ditukarkan kepada tenaga kinetik yang mengalirkan arus kuasa menyebabkan kipas solar tersebut berputar.




PELAKSANAAN SYARIAH

-Syariat Islam menetapkan prinsip mencegah adalah menjadi keutamaan dalam pelaksanaan kerja manusia. Prinsip pencegahan yang diminta oleh syariat Islam adalah untuk menolak dan mengelakkan berlakunya kerosakan. Contohnya Islam mengharamkan perbuatan mendekati zina. Maksud mendekati itu adalah termasuk berdua-duaan atau sesuatu tindakan yang boleh membawa zina. Larangan perbuatan yang boleh membawa kepada zina adalah dianggap langkah pencegahan bagi mengelakkan zina dan lahirnya anak luar nikah.

Kajian sains dan rekaan teknologi serta kejuruteraan hendaklah mengambil langkah pencegahan dalam segenap aspek dari mula hingga akhir.Sebagai contoh ,kumpulan kami telah mengikut langkah keselamatan yang  semaksimum mungkin semasa proses menyiapkan kipas solar dilakukan bagi mengelak kemalagan kepada diri berlaku.  


-Dalam pelaksanaan syariah islamiah juga menekankan konsep utamakan yang utama. Islam menjadikan awlawiyat atau keutamaan dalam melaksanakan sesuatu perkara termasuklah dalam disiplin ilmu sains dan teknologi. Walaupun kita sedia maklum terdapat banyak penghasilan teknologi terkini hasil perkembangan ilmu sains teknologi yang telah membantu memudahkan urusan kehidupan manusia. Selain itu, dapat menggelakkan kemudharatan demi mencari kemaslahan menjadi perkara utama. Antaranya mendahulukan urusan yang wajib daripada yang sunat contohnya dalam solat. Solat fardhu mesti dilakukan dahulu sebelum melakukan solat sunat lebih-lebih lagi jika waktu solat fardhu hampir habis. 

Seterusnya dalam konsep utamakan yang utama dalam syariah islam juga terdapat  fakta yang perlu dititikberatkan antaranya ialah memakmurkan alam. Para saintis, teknorat dalam jurutera seharusnya meletakkan keutamaan memakmurkan alam daripada mencari keuntungan dan kemasyuran. Kenyataan ini berlawanan dengan kebiasaan di zaman serba moden ini dimana masing-masing individu akan menonjolkan kebolehan serta kepakaran sendiri untuk mendapatkan pengiktirafan dan pujian. 


 

 

KESIMPULAN

-Kajian dan penghasilan produk ini boleh membantu masyarakat umum untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga elektrik sedia ada. Sekiranya dipasarkan dalam skala yang besar, selain dari penjimatan tenaga elektrik produk juga boleh diinovasikan lagi kepada variasi peralatan elektrik yang lain. Kipas berkuasa solar ini berfungsi seperti kipas sedia ada tetapi tidak bergantung kepada sumber tenaga elektrik sedia ada dan boleh dibawa ke kawasan yang tiada bekalan elektrik. Namun kekangan yang ada, keadaan cuaca sangat mempengaruhi  kefungsian kipas berkuasa solar ini.

Penambahbaikan yang boleh dibuat ialah litar dalaman produk ini ditambahbaik lagi di masa akan datang dan disambungkan dengan bateri boleh dicas untuk ditambah baik kefungsiannya. Kipas berkuasa solar ini boleh dikomersialkan dalam skala yang lebih besar dan ditambah baik reka bentuknya untuk kegunaan yang lebih tahan lama.




VIDEO PENERAGAN





PEMBAHAGIAN TUGAS PENERANGAN


i)            Kaitan projek sains dengan prinsip syariah Islam

   Wasatiyyah  -  Muhammad Fazeel

   Tahbat & Murunah  -  Muhammad Zahiruddin


ii)           Kaitan projek sains dengan peranan syariah Islam

   Memelihara nyawa  -  Muhammad Zahiruddin

   Memelihara akal  -  Muhammad Fazeel


iii)         Kaitan projek sains dengan pelaksanaan syariah Islam

  Utamakan yang utama  -  Muhammad Fazeel

  Mencegah lebih baik dari mengubati  -  Muhammad Zahiruddin





Comments