Pengamalan Kepada Akhlak Islam Dapat Melahirkan Jurutera Yang Bertanggungjawab
JABATAN: KEJURUTERAAN MEKANIKAL
MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN ROHIM 04DKM20F1014
MUHAMMAD FAZEEL BIN MOHD NOR 04DKM20F1010
MOHAMAD AZROL AZRAN BIN MOHD ARIS 04DKM20F1036
PROGRAM: DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
KELAS: DKM2B
SESI: DES2020
Objektif Penulisan
Membuktikan bahawa mengamal akhlah islam dalam bidang kejurureraan dapat melahirkan jurutera yang bertanggunjawab.
1.Penghargaan
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran
dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan
tugasan bagi kod MPU23052 - Sains,
Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam ini dengan jayanya yang betajuk pengamalan
kepada akhlak Islam dapat melahirkan jurutera yang bertanggungjawab.
Dengan kesempatan yang ada ini kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Puan Norma BT. Che Hasan,selaku Pensyarah Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam.Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah kami Puan Norma BT. Che Hasan atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dan ibu bapa kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya
2.Pengenalan
Jurutera merupakan suatu pekerjaan profesional dalam bidang kejuruteraan yang berkenaan dengan mengaplikasi sains dan teknologi dalam kehidupan seharian untuk mengatasi sesuatu masalah. Jurutera mereka pelbagai jenis benda merangkumi alat, mesin, bangunan, struktur, dan sistem dengan sentiasa mengambil kira keselamatan dan kos.Terdapat pelbagai jenis bidang kejuruteraan dalam dunia ini, oleh itu, pelbagai jenis gelaran jurutera juga wujud.
Perkataan
akhlak adalah sinonim dengan perkataan
etika. Etika yang baik dikaitkan dengan kelakuan yang berakhlak. Akhlak boleh
membawa maksud contoh kelakuan atau garis panduan yang patut dikuti dalam usaha
mengharmonikan hubungan kemanusiaan,meminimakan ketidak bertanggunjawaban dan
bekerja untuk kebajikan masyarakat. Islam tetap memberi ruang dan tempat kepada
kegiatan akal manusia dengan batas-batas yang tertentu menurut keupayaan akhlak
itu sendiri.Dengan mengamalkan akhlak islam dalam sesuatu pekerjaan akan
memberikan kesan positif kepada setiap apa pun pekerjaan yang kita lakukan.
Oleh kerana itu, Allah SWT dan Rasulullah SAW sangat menyukai setiap Muslim yang rajin, bekerja keras dan mempunyai etika kerja yang tinggi.Seorang Muslim dianjurkan untuk tetap berbuat sesuatu di saat tiada pekerjaan walaupun hanya untuk membantu saudaranya yang lain. Sabda Rasulullah
SAW:
إن اهلل تعاىل حيب إذا عمل أحدكم عمال أن يتقنه
“Sesungguhnya Allah mencintai seseorang yang apabila ia
mengerjakan sesuatu kerja, ia laksanakan dengan tekun.” 64
3. Keterangan
3.1
وَقُلِ اعْمَلُوْا فَسَيَرَى اللّٰهُ
عَمَلَكُمْ وَرَسُوْلُهٗ وَالْمُؤْمِنُوْنَۗ وَسَتُرَدُّوْنَ اِلٰى عٰلِمِ الْغَيْبِ
وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَۚ
At-Taubah Ayat 105
105. Dan
katakanlah, “Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga
Rasul-Nya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah)
Yang Mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa
yang telah kamu kerjakan.”
-Ringkasnya di sini, seorang Muslim yang profesional perlu memastikan setiap gerak kerja dan pekerjaan operasinya sentiasa mengikut ajaran Islam dari segi halal-haramnya, niat melakukannya, cara melaksanakannya dan kesan daripada pekerjaan tersebut.
3.2
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّنْ ذَكَرٍ
اَوْ اُنْثٰى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهٗ حَيٰوةً طَيِّبَةًۚ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ
اَجْرَهُمْ بِاَحْسَنِ مَا كَانُوْا يَعْمَلُوْنَ
An-Nahl Ayat 97
97.
Barangsiapa mengerjakan kebajikan, baik laki-laki maupun perempuan dalam
keadaan beriman, maka pasti akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan
akan Kami beri balasan dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka
kerjakan.
- Ayat di atas merupakan janji Allah SWT. bagi siapapun yang beriman serta beramal saleh, bahwa ia akan mendapat karunia dariNya berupa hidup bahagia. Dalam segmentasi lain, Allah juga menegaskan stigma hidup bahagia (tidak merugi) adalah hidup yang berdasar keimanan dan amal saleh. Allah SWT berfirman dalam Q.S. al-Ashr 1-3,
3.3
وَلَا تَتَّبِعُوٓا۟ أَهْوَآءَ قَوْمٍ قَدْ
ضَلُّوا۟ مِن قَبْلُ وَأَضَلُّوا۟ كَثِيرًا
وَضَلُّوا۟ عَن سَوَآءِ ٱلسَّبِيلِ
Al-Ma’idah Ayat (5)77
77.Katakanlah:
"Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan
cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu
orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka
telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang
lurus".
-Berdasarkan ayat ini difahami bahawa perbuatan mengikuti hawa nafsu dalam kalangan orang-orang yang tidak berpengetahuan adalah dilarang, yakni agama dan pendapat suatu kaum yang telah tersesat jauh dari jalan hidayah yang lurus dan mereka telah menyesatkan banyak manusia dari kebenaran
3.4
فَاِذَا فَرَغۡتَ
فَانۡصَبۡۙ
Al-Insyirah Ayat 7
7.Maka
apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras
(untuk urusan yang lain),
-Ayat diatas menerangkn bahawa seorang profesional apabila berhadapan dengan suatu masalah, dia akan terus cuba menyelesaikan masalah tersebut dan akan tetap berusaha menyelesaikan tugas yang dibebankan kepadanya.
3.5
قُلْ كُلٌّ يَّعْمَلُ
عَلٰى شَاكِلَتِهٖۗ فَرَبُّكُمْ اَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ اَهْدٰى سَبِيْلًا ࣖ
Al-Isra' Ayat 84
84.
Katakanlah (Muhammad), “Setiap orang berbuat sesuai dengan pembawaannya
masing-masing.” Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya.
-Islam mengingatkan tindakan mengangkat orang yang bukan ahlinya atau orang yang tidak tepat dapat digolongkan orang yang melanggar amanat dan khianat terhadap Allah SWT, Rasul dan kaum
4.Ulasan Dari Youtube
4.1 Peranan Jurutera dan industri dalam pembangunan umat islam
Dari video youtube ini,ia menerangkan bahawa jurutera merupakan salah bidang kerjaya dan kerja merupakan satu ibadah. Dalam pembagunan umat islam, jurutera perlulah mempunya sikap amanah dalam setiap kerja yg dilakukan bagi mengelak berlakunya kerosakan dan memberi kesan negatif.
4.2 Pengamalan Akhlak Jujur Semasa Bekerja dan Kesannya
Isi yang terdapat dalam video youtube di atas menerangkan bahawa akhlak jujur memainkan peranan yang amat penting dalam diri seseorang pekerja. Ini kerana ia memberi kesan terhadap diri seseorang malah memberi kesan juga terhadap orang lain. Ini boleh dikaitkan dengan bidang kejuruteraan. Jika seseorang jurutera itu tidak mengamalkan sikap jujur ia akan beri kesan terhadap hasil pendaptanya. Malah, hasil dari kerjanya tidak mencapai tahap maksimum dan boleh memberi kesan kepada sesebuah idustri yang dia bekerja.
4.3 Bekerja Merupakan Satu Ibadah
Berdasarkan video ini, Prof Dr.Muhaya menerangkan tentang kerja sebagai konsep ibadah dan setiap tindak laku kita perlulah niat kerana allah. Ini kerana amal soleh bermula dari niat kerana allah dan kesanya, lahir keiklasan dari dalam diri seseorang pekerja itu. Prof Dr.Muhaya juga menerang 3 konsep buadaya kerja dalam islam dapat melahir pekerja yang berkualiti iaitu:
-Ubudiyyah
-Mas'uliyyah
-Itqan
5. Amalan Akhlak yang Dapat Melahirkan Jurutera yang Bertanggunjawab
-Prinsip Syariah
1.Rabbaniah(Ketuhanan)
2.Wasatiah(Kesederhanaan)
3.Tawazun(Keseimbangan)
4.Mizan(Keseteraan)
5.Thabat dan Murunah(Tetap dan Anjal)
5.1 Lima prinsip syariah islam
-Rabbaniyyah (ketuhanan)
Prinsip ini menjelaskan syariah islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah S.W.T. Segala kandungan yang meliputi aspek akidah, ibadah, dan muamalat adalah sesuai dengan keperluan manusia. Setiap kajian dan ciptaan hendaklah bermatlamatkan pengabdian diri kepada Allah S.W.T dan menginsafi keagungan-Nya. Inilah keyakinan yang perlu ada dalam diri setiap umat islam. Mempertiakikan sistem islam bermakna kita meragui sistem yang datang daripada Allah S.W.T.
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُوْنَ حَتّٰى يُحَكِّمُوْكَ فِيْمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوْا فِيْٓ اَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوْا تَسْلِيْ
(An-Nisa' Ayat 65)
65. Maka
demi Tuhanmu, mereka tidak beriman sebelum mereka menjadikan engkau (Muhammad)
sebagai hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, (sehingga) kemudian
tidak ada rasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang engkau
berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.
-Wassatiyyah (kesederhanaan)
Kesederhanaan dalam syariat islam adalah memberi makna segala
hukum hakamnya adalah bersifat sederhana. Tidak ekstrem kepada yang berlebihan
atau berkurangan. Ia boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada
pelaksanaan hukum mengikut keperluan yang tertentu. Contohnya solat fardhu
hendaklah dilakukan secara berdiri. Diberikan kelonggaran untuk duduk bagi yang
sakit. Wassatiyyah juga memberi makna pertengahan antara dua perkara. Mengambil
tindakan antara dua kecenderungan . Contohnya antara kaya dan miskin. Maka,
mengambil pendirian sederhana dalam mencari harta lebih diutamakan. Apabila
kita merujuk kepada Al-Quran, kita akan dapati Al-Quran menyifatkan umat islam
sebagai umat yang sederhana atau mempunyai konsep pertengahan dalam segala
aspek kehidupan mereka.
-Tawazun (keseimbangan)
Tawazun ‘ bermakna memberi sesuatu akan haknya, tanpa ada
penambahan dan pengurangan. Tawazun menjaga keseimbangan dalam hidup yang akan
menciptakan keharmonian. Dengan Tawazun manusia dapat meraih kebahagiaan
batin/jiwa, dalam bentuk ketenangan jiwa dan kebahagiaan fizik, dalam bentuk
kestabilan, ketenangan dalam aktiviti hidup. Setiap kemajuan saintis, teknorat
dan jurutera perlulah seimbang dalam kehidupan masyarakat pada hari ini.
-Mizan (kesetaraan)
Mizan bererti timbangan dalam sebuah sistem kejuruteraan . Sistem mizan membawa maksud bahawa tiap-tiap sesuatu itu berada di dalam kedudukan yang betul di dalam sistem keseimbangan yang diperlukan untuk mengekalkan di dalam kedudukan tersebut.
-Thabat & murunah (tetap dan anjal)
Thabat bermaksud tetap atau tidak berubah. Dalam konteks
ajaran islam, ada perkara yang telah tetap dan tidak boleh dipinda dan
diubah-ubah dasar, prinsip dan perlaksanaanya. Al-murunah bermaksud bahawa
selain daripada perkara- perkara dasar yang tidak boleh diubah, terdapat juga
perkara-perkara kecil yang boleh berubah mengikut kesesuaian dengan perubahan
kehidupan manusia sepanjang peredaran zaman.
5.2 Impak Amalan Islam Kepada Jurutera
-Membawa manusia kepada mentauhidkan Allah S.W.T
قُلْ هٰذِهٖ سَبِيْلِيْٓ اَدْعُوْٓا اِلَى اللّٰهِ ۗعَلٰى بَصِيْرَةٍ اَنَا۠ وَمَنِ اتَّبَعَنِيْ ۗوَسُبْحٰنَ اللّٰهِ وَمَآ اَنَا۠ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ
108.
Katakanlah (Muhammad), “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku
mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak
termasuk orang-orang musyrik.”
-Membentuk muslim sejati dalam kehidupan
Syariat islam menetapkan pemeliharaan maruah atau harga diri
merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia. Sesuatu pembangunan,
pemodenan atau penyelidikan bukanlah menjadi satu alasan untuk merobek maruah
manusia dan agama. Golongan muslim menjadi semakin berpengaruh dan idea-idea
mereka pula semakin berkembang dengan bantuan media massa moden.
-Membawa manusia kepada memelihara nyawa
قُلْ تَعَالَوْا۟ أَتْلُ مَا حَرَّمَ
رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ أَلَّا تُشْرِكُوا۟ بِهِۦ شَيْـًٔا وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَٰنًا
وَلَا تَقْتُلُوٓا۟ أَوْلَٰدَكُم مِّنْ إِمْلَٰقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ
وَلَا تَقْرَبُوا۟ ٱلْفَوَٰحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَلَا تَقْتُلُوا۟
ٱلنَّفْسَ ٱلَّتِى حَرَّمَ ٱللَّهُ إِلَّا بِٱلْحَقِّ ذَٰلِكُمْ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمْ
تَعْقِلُونَ
Anam - Ayat 151 [6:151]
Katakanlah:
"Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu
kepada kamu, iaitu janganlah kamu
sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu
bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya)
Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu
hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang
tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah
(membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak).
Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya
-Memelihara akal
dengan membawa manusia kepada kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat
6.Kesimpulan
Daripada maklumat yang telah dikumpul, ia mendedahkan tentang
ciri-ciri atau contoh akhlak yang baik dan cara-cara membentuk akhlak yang
mulia dan terpuji kepada pembaca. Terdapat banyak cara untuk membentuk akhlak
yang mulia yang telah diperolehi daripada bahan rujukan sebagaimana yang
telah diterangkan di dalam penulisan kami ini telah membincangkan akhlak Islam
mengajar manusia untuk melahirkan keharmonian dan kesejahteraan hidup yang sesuai
dengan maksud Islam itu sendiri yang bererti selamat, sejahtera, aman dan
damai bagi melahirkan jurutera yang bertanggunjawab. Akhlak yang baik menjamin kesantunan peribadi dan jemaah yang
lain.Jelaslah bahawa, sesuatu amalan yang ada nilai yang tinggi menjamin
keselamatan dan keamanan serta kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat.
Amalan yang terpancar daripada keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya terangkum
dalam istilah ibadah berpandukan nilai-nilai akhlak yang mulia. Malah,
kelebihan berakhlak dengan akhlak mulia dapat meningkatkan kualiti amal ibadah
dan mendapatkan keampunan Allah S. W.T serta mendapat rahmat dan cahaya
daripada Allah S.W.T. Dengan ini, jelaslah bahawa mengamalkan akhlak islam dalam diri seseorang jurutera dapat melahirkan sifat bertanggunjawab dalam diri dan memberi kesan positif kepada pelbagai aspek.
7.Rujukan
1.https://umexpert.um.edu.my/public_view.php?type=publication&row=NDM3ODE%3D
2.https://teknologimutiarailmu.wordpress.com/akhlak-adab-menjalankan-tugas/
3.https://m.facebook.com/permalink.php?id=184422104976698&story_fbid=367273476691559
4.https://www.youtube.com/watch?v=SN0gmFj1c6w
5.http://ustazadnandua2012.blogspot.com/2016/03/5-kaedah-perlaksanaan-prinsip-etika_19.html
6.https://www.youtube.com/watch?v=t2e8BZ9uBr4
7.https://ms.wikipedia.org/wiki/Jurutera
8.https://www.youtube.com/watch?v=j_54cKd7YmI
8.Tokoh Islam Dalam Bidang Kejuruteraan
AL-KHAWARIZMI
SUMBANGAN DALAM BIDANG KEJURUTERAAN
-Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
-Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang. Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.
Comments
Post a Comment